Cara-Cara untuk mengatasi stress

Ramai orang termasuk saya,telah mengalami stress akibat daripada tekanan masalah contohnya membuat keputusan yang samada betul atau tidak dan juga akibat tekanan daripada kerja macam contohnya kerja di pejabat dengan kertas kerja yang banyak sampaikan disusun macam gunung dan kesesakan jalan raya dengan terpaksa untuk menunggu dalam masa yang lama di dalam kereta.
   Jika anda tidak dapat mengatasi stress,anda akan rugi dalam banyak pekerjaan,prestasi menurun mahupun tahap kesihatan mental dan fizikal juga akan terjejas.

Baiklah, saya akan memberitahu anda 4 cara untuk mengatasi stress.

1. Memikirkan @ membuat sesuatu yang anda suka. 
-
Sebagai contoh, anda stress melihat kertas kerja di atas meja anda yang banyak dan itu bermakna anda mestilah membuat kerja yang banyak.Jadi untuk mengatasi stress, anda bolehlah membuat sesuatu yang anda suka macam bermain telefon ataupun berbual-bual dgn rakan-rakan anda tapi janganlah sampai kerja itu tidak terbuat.

2. 
Sentiasa sabar dan ingat akan Tuhan.
-Tidak kisah anda beragama apa tapi semestinya setiap agama 
percaya akan Tuhan.Jadi sekiranya anda stress, anda ingatlah tentang ganjaran iaitu syurga yang akan diberi oleh Tuhan jika kita bersabar menempuh dugaan.Renung-renungkanlah.

3. Melakukan teknik pernafasan

-Ramai orang telah melakukan teknik pernafasan ini untuk meredakan stress dan kemarahan dan untuk tenangkan diri. Cara ini sangat berkesan. Anda hanya perlu tarik nafas dalam-dalam lepas itu hembus perlahan-perlahan.Anda pasti akan berasa tenang.

4. Menyertai aktiviti riadah @ yoga.

-Selain teknik pernafasan, aktiviti riadah ataupun yoga juga bagus untuk mengatasi stress. Aktiviti tersebut dapat melupakan masalah yang kita hadapi dengan tenang. Pergilah bertanya dengan kenalan bagaimana untuk melakukan yoga ataupun cari di google.

Sebenarnya 
banyak lagi yang boleh dilakukan untuk mengatasi stress. Jika anda berjaya mengatasi stress, anda akan berjaya nanti kelak.Semoga artikel ini dapat membantu orang yang membaca. Sekian.


Comments

Post a Comment